Monday, November 14, 2011

TIPS BELAJAR BIAR CEPAT FAHAM

Tips ni boleh digunakan bila waktu last2 minit.. bila periksa tu besok.. and malam tu barulah nak belajar.. eish, kalau boleh jangan diamalkan tau.. bahaya. takut tak sempat nak ingat. takut nanti masa jawab, rasa macam dah baca tapi tak ingat.
 tak ke tension namanya.. ! huhu



Tip belajar saat akhir/ last minit
1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk


2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.


3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.


4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.


5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.


6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.


7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.


8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.


500% biha ambil tips ni dekat sini.





TAHNIAH BUDAK SAMURA

disini, biha nak ucapkan tahniah dekat budak2 samura yang dah tengok result masing-masing kat sini. tahniah tau korang siapa yang dapat ranking tertinggi. !

tak macam biha :( sobs
biha try nak relax ni.. fuhhhh !!


Sunday, November 6, 2011

KALAU TINGGAL DI ASRAMA

ASSALAMUALAIKUM

kat sini, biha nka cerita sikit pengalaman tinggal di asrama. 
~ ceh mcam dh hbis sek je kn?
euushh ~
tapelah,, baca jelh !! :P




Kalau tinggal di asrama kena jadi kedekut?
mestilah ! sebab bila dah tinggal asrama, macam2 benda kena bajet. tak macam tinggal dekat rumah. parents ada kn?


kalau tinggal di asrama kena makan nyorok-nyorok?
mestilah ! kalau tak gerenti makanan kita kena kebas dengan orang lain. bukan tak nak bagi, tapi kalau kita nak makan apa nnti? kalau banyak simpanan xpa jugak.


kalau tinggal di asrama kena kawal diri?
mestilah ! kalau dekat rumah kita selekeh, kat tempat lain kita kena jaga diri kita. tapi buatlah pernagai buruk korang kalau nak dihebahkan 1 asrama. haha apa pon jangan bertopeng3 pula ye ! jadilah diri sendiri.


kalau tinggal di asrama kena jaga badan?
mestilah ! sebab dalam loker mesti banyak stock makanan untuk diri sendiri kn? apatah lagi, bila hari minggu parents datang bawakkan macam2 bekalan. haha,, jangan nak tipulah ! korang akan tetap rasa lapar setiap masa.. hehehe


kalau tinggal di asrama kena apndai urus diri?
mestilah ! sebab asrama ni dah macam rumah kita yang kedua, dan salah 1 cara untuk mendidik kita bila dah besar nnti. tanpa ibu bapa disisi,, yeahhh


kalau tinggal di asrama kena simpan duit syiling banyak2?
amboi! bila korang duduk senang lenang dekat rumah, nampak duit syiling bawah sofa? bawah meja? bawah carpet? mana2 jelah.. korang buat tak endah je. tapi bila dah masuk asrama, duit sepocen tu berharga taw ! sebab duit tu digunakan untuk call dan isi air mesin :) hehe
tapi zaman skrg ramai guna kadfon.. pepon duit syiling tetap penting!


kalau tinggal di asrama susunan masa tu lebih bagus?
mestilah ! waktu belajar ada, rehat ada , riadah pun ada.. semua sudah tersusun.. so, manfaatkanlah ye !


kalau tinggal di asrama dapat ramai kawan?
Ya Allah tu dh semestinya !! kwan dari semua pelosok kita boleh jumpa. ada kawan yang terpisah lebih kurang 7 tahun terpisah dengan biha pon akhirnya jumpa dekat asrama biha ni, haha,, :D tak sangka no!


kalau tinggal di asrama segala ibadah wajib kita dapat lakukan?
mestilah ! solat pada waktunya, dapat solat berjemaah, berzikir dengan khusyuk, solat sunat berjemaah, ngaji ramai2. kalau duduk rumah, ada ke anda nak buat semua tu dalam sehari?? tepuk dada tanya selera. ekhh,, tanya hati :)


kalau tinggal di asrama hubungan antara kawan makin erat?
mestilah ! bila berjauhan kawan rapat dari sekolah lama pun kita akan sentiasa rindu kn?? kadang sempat kol, kita kol. kalau tak sempat, pendam jelh, cehh ~~ tapi bila dekat, nak kol ? nk rindu?? susah.. sebab dalam minda kita dah set. ''eleh buat apa nak rindu, besok jumpa jugak' hohoho


hah,, ini je yang biha dapat simpulkan bila kita tinggal di asrama. apa yang biha taip tulah yang biha rasa. so,, kalau anda rasa seronok? apa tunggu lagi? tuk adik2 yang UPSR n PMR tu. pilih lah sekolah yang rasa bagus tuk adik2. k :) 


GOODLUCK !

Saturday, November 5, 2011

KETUPAT OH KETUPAT

ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BIHA UCAPKAN UNTUK SEMUA :)


*ee,, gelinya. mcam artis plak. =.=''


so, apa persiapan untuk raya aidiladha tahun ni kawan2? seronok? xseronok? opcos lah seronok, dan beronok-ronok. lagi2 bila balik kampung, jumpa saudara-saudara. pakcik. makcik. nenek. datuk. moyang kannn.
biha lagilah seronok, sebab dah lama terperap untuk menuntut ilmulah katakan kat asrama ni.. eish.... sabar2 ~
sekarang, dekat dapur, mak dan makcik2 biha sibuk memasak. amboi! bermacam2 bau-bauan yang menusuk hidung ni. haaaaciumm !
biha buat apa?? ala. as ussual ! biha mengonline.. jap2 gi dapur. ronda-ronda ala-ala mak guard meronda blok bangunan. haha


*dasar pemalas ''hatiku berbisik''


eish! bukan malas, biha nak manfaatkan masa biha balik ni, untuk memuaskan nafsu online ni !! arghhh!!!!! xpuas2. tak tahu mengapa.. teruknye perangai biha ni~ astaughfirullahalazim.


okay ! tutup cerita !. biha nak mencapub sebenarnya ni. 


sempena hari raya aidiladha tahun ni, biha merajinkan diri menganyam ketupat seperti hari raya yang sebelum ni. biha berjaya menganyam lebih kurang 50 lebih ketulan ketupat !! 
weeeee ~~~~~~~~~~


jeles? ta? jeles?  hehe.. tu je..


apa pun.. biha kat bawah ni. ----- nk ucap !


selamat hari raya aidiladha.
:)

MUSIC TIME

ASSALAMUALAIKUM

iklan ksah sedih sebentar::

makaihhhh,, dah lama biha xon9, sob! lebih kurang 1tahun, opsss 1 bulan 7 minggu. SOBS!

sedih tak? tak sedih? kbai!.

okay, hai3, dah lama biha xon9, xupdate blog n blablabla... bila tak update blog, dalam fikiran ni macam2 nak story. tapi bila nk update, tak tahu nak story hape.. hehe.. biasalah kn manusia. ~
hari ni biha nak cerita sesuatu. nak cerita tentang kursus MUZIK yang biha join hari tu. sangat menyeronokkan !
sesiapa yang pergi tu, cikgu yang pilih. means: sapa yang pandai main alat muzik, apa2 je cikgu pilih. biha terpilih .. haha,, tak sangka!! mungkin sbb biha selalu melalak atas pentas plus2 biha pandai men gitar, ekhh, ~ teeeettt. secret2 !
memang syok,, kursus tu dijalankan kat UPSI kat Perak, jaoh kn? xmau lah cerita panjang. kalau cerita pun korang nak baca? hehe.. tengok gambar lagi syokkan? so.. tengok jelah ye. :)






cari biha kt mne??? haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...