Thursday, November 17, 2011

TAK ADA IDEA NAK BUAT NEW POST

tak ada IDEA nak buat entri post apa? ssshhh ! jangan nangis, jangan tension , jangan gelabah.
CHILL + RILEX = CHILLEX :)

senang saja , CARA 1:

anda cuma perlu sediakan 1 buku nota kecil :)

&
sebatang pensil

 cara-caranya, anda perlu bawa buku ni kemana-mana saje anda pergi. tak kesahlah, g toilet? sekolah? jenjalan? bawa je. dan selalulah mencatat segala yang anda lalui. bila dah buka blog,kalau nak buat new post, just selak-selak apa yang anda dah catat tadi :)
actually , itulah yang biha lakukan . ngehehe. sampai dah hancur-hancur buku tu biha bawa kemana-mana. fuuhhh ~

CARA 2 :

sediakan 1 henfon. biha rasa zaman moden sekarang ni, mustahillah tak ada henfon kn?


tak kesahlah henfon apa2 je, yang penting ada application note . anda pergi ke notes :) atau apa2 jelah . kalau yang tak de notes , just buat drafts atau save msg pun boleh ~
anda hanya perlu menaip segala-galanya di situ  yang ada segalanya *baca-baca ala2 iklan XPAX tu. 

lepas tu, bila dah save dalam henfon, just review balik apa yang anda save untuk dimuat turun kedalam new post anda ! yeah ! grab it! hehe..

*biha duduk asrama, that's why apa yang biha buat, biha catat kat dalam note book bukan hp =)

p/s kalau yang stress hp rosak apa je , lepas baca ni jangan nak merajuk *hentak-hentak kaki kat mak sebab tak ada hp . hik89


Tuesday, November 15, 2011

GARA-GARA IKLAN UBAT GIGI

tadi biha tonton tv ''*ceh jaga tatabahasa.'' bisik hati kecilku yang sedang menaip entri ni. biha tengok astro channel apa entah. ada satu cerita ni, skripnya berbunyi begini :

aku teringin sangat nak tahu lagu apa yang samsul (suami, bukan nama sebenar) sibuk dok dengar selama ni.... 
lepas dengar: 
oh, selama ni. abang samsul (bukan nama sebenar) asyik sangat dengan mp 3 disebabkan ada lagu si rina (bukan nama sebenar) nyanyi lagu iklan ubat gigi tu rupanya. 
haha.. tergelak2 biha dengar. bukannya apa, biha pun perasan juga yang si husbandnya  (samsul) , asyik pegang mp3, dan dengar lagu yang sama je. bila si isterinya dengar senyap-senyap, rupa-rupanya lagu iklan ubat gigi yang dinyanyikan oleh perempuan yang samsul minat.


last2 diorang gaduh, hampir bercerai gara-gara suami dengar lagu iklan ubat gigi RINA tu. kih3 ! 

*gambar hiasan

Monday, November 14, 2011

TIPS BELAJAR BIAR CEPAT FAHAM

Tips ni boleh digunakan bila waktu last2 minit.. bila periksa tu besok.. and malam tu barulah nak belajar.. eish, kalau boleh jangan diamalkan tau.. bahaya. takut tak sempat nak ingat. takut nanti masa jawab, rasa macam dah baca tapi tak ingat.
 tak ke tension namanya.. ! huhu



Tip belajar saat akhir/ last minit
1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk


2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.


3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.


4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.


5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.


6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.


7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.


8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.


500% biha ambil tips ni dekat sini.





TAHNIAH BUDAK SAMURA

disini, biha nak ucapkan tahniah dekat budak2 samura yang dah tengok result masing-masing kat sini. tahniah tau korang siapa yang dapat ranking tertinggi. !

tak macam biha :( sobs
biha try nak relax ni.. fuhhhh !!


Sunday, November 6, 2011

KALAU TINGGAL DI ASRAMA

ASSALAMUALAIKUM

kat sini, biha nka cerita sikit pengalaman tinggal di asrama. 
~ ceh mcam dh hbis sek je kn?
euushh ~
tapelah,, baca jelh !! :P




Kalau tinggal di asrama kena jadi kedekut?
mestilah ! sebab bila dah tinggal asrama, macam2 benda kena bajet. tak macam tinggal dekat rumah. parents ada kn?


kalau tinggal di asrama kena makan nyorok-nyorok?
mestilah ! kalau tak gerenti makanan kita kena kebas dengan orang lain. bukan tak nak bagi, tapi kalau kita nak makan apa nnti? kalau banyak simpanan xpa jugak.


kalau tinggal di asrama kena kawal diri?
mestilah ! kalau dekat rumah kita selekeh, kat tempat lain kita kena jaga diri kita. tapi buatlah pernagai buruk korang kalau nak dihebahkan 1 asrama. haha apa pon jangan bertopeng3 pula ye ! jadilah diri sendiri.


kalau tinggal di asrama kena jaga badan?
mestilah ! sebab dalam loker mesti banyak stock makanan untuk diri sendiri kn? apatah lagi, bila hari minggu parents datang bawakkan macam2 bekalan. haha,, jangan nak tipulah ! korang akan tetap rasa lapar setiap masa.. hehehe


kalau tinggal di asrama kena apndai urus diri?
mestilah ! sebab asrama ni dah macam rumah kita yang kedua, dan salah 1 cara untuk mendidik kita bila dah besar nnti. tanpa ibu bapa disisi,, yeahhh


kalau tinggal di asrama kena simpan duit syiling banyak2?
amboi! bila korang duduk senang lenang dekat rumah, nampak duit syiling bawah sofa? bawah meja? bawah carpet? mana2 jelah.. korang buat tak endah je. tapi bila dah masuk asrama, duit sepocen tu berharga taw ! sebab duit tu digunakan untuk call dan isi air mesin :) hehe
tapi zaman skrg ramai guna kadfon.. pepon duit syiling tetap penting!


kalau tinggal di asrama susunan masa tu lebih bagus?
mestilah ! waktu belajar ada, rehat ada , riadah pun ada.. semua sudah tersusun.. so, manfaatkanlah ye !


kalau tinggal di asrama dapat ramai kawan?
Ya Allah tu dh semestinya !! kwan dari semua pelosok kita boleh jumpa. ada kawan yang terpisah lebih kurang 7 tahun terpisah dengan biha pon akhirnya jumpa dekat asrama biha ni, haha,, :D tak sangka no!


kalau tinggal di asrama segala ibadah wajib kita dapat lakukan?
mestilah ! solat pada waktunya, dapat solat berjemaah, berzikir dengan khusyuk, solat sunat berjemaah, ngaji ramai2. kalau duduk rumah, ada ke anda nak buat semua tu dalam sehari?? tepuk dada tanya selera. ekhh,, tanya hati :)


kalau tinggal di asrama hubungan antara kawan makin erat?
mestilah ! bila berjauhan kawan rapat dari sekolah lama pun kita akan sentiasa rindu kn?? kadang sempat kol, kita kol. kalau tak sempat, pendam jelh, cehh ~~ tapi bila dekat, nak kol ? nk rindu?? susah.. sebab dalam minda kita dah set. ''eleh buat apa nak rindu, besok jumpa jugak' hohoho


hah,, ini je yang biha dapat simpulkan bila kita tinggal di asrama. apa yang biha taip tulah yang biha rasa. so,, kalau anda rasa seronok? apa tunggu lagi? tuk adik2 yang UPSR n PMR tu. pilih lah sekolah yang rasa bagus tuk adik2. k :) 


GOODLUCK !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...