Tuesday, December 18, 2012

Bawalah Islam kemana-mana. Pertahankanlah ia.

Assalamualaikum.


Kisah Wanita Berpudah Membeli -belah :-

Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar. Kebetulan cashier yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab ygberpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu td dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja. 

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tidak dapat lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan, "Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... 

Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata, "Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah...
Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

Monday, December 17, 2012

SAYA NAK DIREVIEW OLEH NIL

Assalamualaikum


tag : ifa,  budakcomel

Ikhlaslah dalam bersahabat

Assalamualaikum.

hari ini biha nak cerita pasal sahabat. saja nak isi masa lapang ni dengan post perkara yang berguna. agar menjadi iktibar untuk semua. cerita ini dihasilkan berdasarkan pengalaman sendiri :) renungkan ~



Sahabat umpama tiang yang menyokong apabila kita rapuh mahupun tumbang. apabila sahabat itu datang sewaktu kita gembira tapi pergi begitu sahaja sewaktu kita di dalam kebuntuan mahupun kesedihan, alangkah sedihnya wahai hati-hati yang menginginkan tiang yang membantunya dikala kesusahan. jadi, cuba kita cermin diri kita. ikhlaskah kita selama ini, dalam persahabatan? ikhlaskah kita selama ini sewaktu membantu sahabat-sahabat kita?
                 SubahanaAllah, Maha Suci Allah. memang tidak dinafikan manusia sering kali kutuk sana-sini tentang sahabatnya. berkawan kerana ingin publisiti. berkawan kerana ingin ditemani sementara kerana tiada kawan pada waktu itu. berkawan kerana ingin memanfaatkannya. jika kita pernah melakukan semua tu, pernahkah kita terfikir hati sahabat yang kita pergunakan itu?? pernahkah kalian faham hatinya, faham perasaannya, faham keadaannya walau sedikitpu walau sekecil zarah pun. Malah kawan yang ikhlas itu sanggup lakukan apa-apa sahaja untuk kita. dia sanggup luangkan masa mendengar masalah yang kita alami. dia sanggup lepaskan segalanya hanya ingin melihat kita bahagia. tapi kita?? di hadapannya kita berpura-pura baik. sanggup lakukan apa-apa. tapi di belakang?MasyaAllah. Tuhan sahaja yang mengerti.

ada satu cerita:
seorang kawan daripada sahabat ini bertanya,

kawan : kenapa kadang-kadang kau rapat dengan dia? sedangkan selama ini kau kutuk-kutuk dia? kau kata kau benci dia? 
sahabat (pura-pura baik) : ala, aku kawan dengan dia saja-saja je.

DIA dalam cerita ini,jika dia tahu,apa yang dikatakan oleh sahabat (pura-pura baik). apa perasaan DIA? alangkah sedihnya ! alangkah sakitnya hati dia! apabila mengetahui selama ini, dia sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabat itu dari segala masalah. rupa-rupanya sahabat itu telah mengambil kesempatan untuk kesenangan hatinya. jujur, tak terlintas dalam fikiran dia untuk mengecilkan hati sahabat. malah jika diizinkan, semua sahabat dia ingin menjaga hatinya. tapi itulah kehidupan. si dia menyambut ulang tahun kelahiran sahabatnya dengan membelikan hadiah. walaupun murah tapi kerana ikhlas dia tetap memberi. tetapi sahabat? semua ini kerana sikap iri hati! cembur!. itulah hidup!.

                sahabat sedar tak selama ini, perbuatan hasad dengkinya, cemburu melihat dia memiliki kebolehan, cemburu melihat si dia memiliki segalanya, cemburu untuk segala-galanya..akhirnya memberi kesan buruk terhadap diri sahabat sendiri?? dan sebenarnya si dia tahu sikap iri hati sahabat itu sejak dari dulu lagi. tapi si dia tidak mahu sedikit pun berlaku pergaduhan mahupun putus hubungan dengan sahabatnya. jadi, si dia tetap sabar,sabar & terus bersabar. tapi sampai bila wahai sahabat? sampai bila sahabat ingin berhasad dengki? sampai bila? adakah sehingga si dia meninggalkan dunia, baru sahabat bersorak-sorak kegirangan? dan pada waktu yang sama terlari-lari ke kubur dia untuk memohon maaf??

sedarlah sahabat. minta maaflah kepada siapa-siapa yang telah kita sakiti. ajal maut di tangan Tuhan. entah benar atau tidak si dia memaafkan sahabat itu. terpulanglah pada kesedaran sahabat itu sendiri. jadi sahabat harus sedar sebelum terlambat.

''sedarlah wahai insan yang bergelar sahabat. ikhlaskanlah hati dalam bersahabat. kalau kita benci, katakan benci. kalau kita sayang, buktikan dalam persahabatan yang mesra dengan keikhlasan. sedarlah segala apa-apa yang kita lakukan di dunia ini, baik mahupun tidak, akhirnya akan diketahui oleh sesiapa sahaja yang dikehendaki.


p/s: ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca. semoga Tuhan merahamatimu :)
sila komen jika ada yang ingin dikomen :) hihi

IBU

dengarlah lagu ni. sedih kalau dengar elok-elok dan hayati cerita yang disampaikan dalam video ni :')

 lagu yang bertajuk IBU. dinyanyikan oleh Haddad Alwi feat Farhan (budak comel)


Amar makruf nahi mungkar

Assalamualaikum w.b.t

semoga semua blogger2 di luar sana sihat sentiasa. amin , insyaAllah :)
syukur alhamdulillah umur kita masih dipanjangkan dan dapatlah kita melaksanakan ibadah dan suruhan Allah dengan sempurna. Allahuakbar, Tuhan yang Maha Besar. sungguh aku bukanlah insan yang mulia. terlalu banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini. kadang-kadang aku sedar kesalahan yang aku lakukan itu tapi itulah yang dinamakan ujian. syaitan-syaitan malah iblis-iblis sibuk menghasut umat Nabi Muhammad supaya TIDAK melakukan suruhan Allah. marilah kita sama-sama : amar makruf nahi mungkar.



 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...