Wednesday, February 13, 2013

'The Very First GIVEAWAY by DI'

ASSALAMUALAIKUM

lai lai lai! join GA ni :) hadia menarik tau ! tarikh tutup 28/2/2013. so, hurry up, guys!!





'CNY Giveaway by Saidatul Hazirah'

ASSALAMUALAIKUM


ifa , farah , izyan , haziqah



"SEGMEN:RAMAIKAN FOLLOWER BLOG 2013 BY NurulFHMT!"

ASSALAMUALAIKUM

mari ramai-ramai join segmen yang lebih manis digelar, segmen "merapatkan ukhwah" hihi :) selamat men-join rakan-rakan ^^



Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL :) ADA SATU KISAH ~

ASSALAMUALAIKUM.


KISAH ini diambil sewaktu ana sibuk men-slide-slide page #TEAMHIJRAH dalam facebook melalui hp slide ana. hihi ^^. boleh diambil pengajaran buat kita semua ya.

Suatu petang di stesen bas.

Lelaki 1: ''Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa'ala 'Ali Sayyidina Muhammad ..''


Mamat 2: ''Eleh tunjuk baik lah tuu ..'' (bisik pada kawan sebelahnya).

Mamat 3: ''Kihkihkih .''

Mamat 2: ''Ape ke namanya ni, mentang-mentanglah hari ni Maulidur Rasul baru lah ngko nak selawatkan . Kihkih.''

Lelaki 1: ''Mat, aku selawat time bila-bila pun biarlah aku dengan Tuhan je yang tau. Jom kita selawat sama-sama.''

Mamat 3: ''Itu semua poyooooo~~''

Lelaki 1: ''Jika kita kurang beramal dgn sunnah Baginda, kita digalakkan berselawat. Jika selawat pun anda kata poyo, jangan menangis air mata darah kalau di akhirat kelak anda tak dapat syafaat Baginda. Okey, assalamualaikum.''

Mamat 2+3: (terdiam terkatup terkunci mulut)



Monday, January 21, 2013

Rahsia Amalan Wanita Solehah

ASSALAMUALAIKUM


1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...