Sunday, March 11, 2012

TIPS HILANGKAN BAU BADAN

ASSALAMUALAIKUM

Bau badan adalah one things yang paling kita benci ! benci dan benci !. apatah lagi bila kita berada dalam tempat yang sesak, ramai orang keliling kita.. nak bergerak pun tak tahu nak ke mana. bau badan ni sama ada kita yang alami atau orang lain merupakan benda yang susah untuk kita atasi dan nasihat. kadang-kadang tak tahu nak tegur kawan kita yang berbau ni.kn? hmm sebelum kita nasihat kawan kita, apa kata kita nasihat diri kita.. sekiranya kita yang alami penyakit bau badan ni. mari baca :)

Petua Mengatasi badan berbau
1.Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

2.Ambil biji bunga delima segenggam. Buang kulitnya yang keras. Kemudiaannya dijemur hingga kering. Setelah kering tumbuk sehingga lumat dan halus. Selepas itu pakai seperti kita memakai bedak di tempat yang berbau.

3. Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.

Petua Hilangkan Bau Badan



Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda
Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

Petua Mengharum tubuh badan
1. Ambil 20-30 helai daun sirih, bersihkan dan rebus dengan beberapa gelas air hingga mendidih.Minumlah setiap pagi beberapa teguk.
2. Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya.

Tip Buang Toksin
Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya satu liter sehari untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Sebaik-baiknya mulakan hari dengan minum dua gelas air yang dicampurkan sedikit perahan limau.

Kesemua petua ini adalah petua orang lama dan berkesan atau tidak perlu diuji sendiri. Petua-petua ini diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai individu menimbang semula amalan penjagaan diri harian. Kehidupan tanpa bau badan adalah kunci kepada keyakinan diri untuk menangani cabaran harian dan mencapai apa saja dicita-citakan.


3 comments:

Hj Mohamad 013 3377 242 said...

Semua cara tu boleh cuba. Kalau gagal lihat alternatifnya di http://baubadan-mola.blogspot.com InsyaAllah dalam 7 hari selesai.

Unknown said...

terima kasih :)

Unknown said...

satu perkongsian petua2 yang menarik, teringat wana pd arwah atuk.setiap kali mandi, arwah akan gunakan limau kasturi, sangat wangi & segar bau nya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...