ASSALAMUALAIKUM...
ehem2, sebelum biha mulakan isi isi tentang entry post ni, biha nak ucap syukur Alhamdulillah, kepada Allah, kerana telah memberikan biha kejayaan yang selama ini, keluarga biha dan biha inginkan.. :)
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
Hamdan Yuuwaafii ni’amahu wayukaafii maziidah. Yaa robbana lakal hamdu kamaa yambaghii lijalaali wajhika wa’adhiimi sulthoonik. Wa shollal loohu ‘alaa sayyidina muhammaddin wa’alaa aalihii wa shohbihii ajma’iin.
(Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam. Pujian yang memadai nikmat-Nya yang selaras dengan kebaikan-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji yang layak bagi keagungan dan kebesaran kekuasaan-Mu. Sholawat serta salam semoga tetap dilimpahkan kepada junjungan nabi besar Muhammad Saw, keluarga dan sahabat-sahabat semuanya.)
Tolong berikanlah kepada kami surga-Mu, segala nikmat di dalamnya dan apapun yang bisa mendekatkan kami kepadanya, baik dari ucapan maupun amal perbuatan. Lindungilah kami dari neraka-Mu serta apapun yang bisa mendekatkan kami kepadanya, baik dari ucapan maupun amal perbuatan.
Subhana robbika robbil ‘izzati ‘amma yashifuun wa salaamun ‘alal mursaliin. Wal hamdulillaahi robbil ‘aalamiin.
biha buat post ni, sebab ada adik2 dari sekolah tanya, APA RAHSIA AKAK DAPAT 8A??
hurmm, mungkin itu semua sudah biasa untuk kamu semua yang pandai2. tapi biha ni tak pandai mana pun, biasa je. kadang malas, tidur dalam kelas, makan dalam kelas. (memang degil) tapi mungkin semangat dan dorongan yang biha dapat dari orang2 sekeliling, terutama cikgu2 kawan2 dan keluarga biha yang membuatkan biha untuk terus berusaha mendapat keputusan yang cemerlang tu.
biha akan cerita mcm mne biha boleh dapat keputusan cemerlang :)
- --mula2, jangan tinggal solat.
- --rajin baca Al-Quran. (yasin, lagi bagus)
- --sebelum tidur, biha akan buat solat hajat, dan baca yasin.
- --solat hajat, solat taubat, solat2 sunat, sggt penting supaya Allah bg petunjuk taufik dan hidayah kp kita.
- --hormat cikgu, ibu bapa. (biha ni degil, jadi biha minta maaf kepada mom dan dad) im sorry.
- --rajin buat kerja sekolah (tapi byk jgk keje yg xsempat antar, so maaf cikgu2 ku) huhu..
- --rajin tolong cikgu, rajin datang aktiviti kokurikulum, mesyuarat ke, aktiviti lasak ke (biha pengakap), yang penting datang. kerana cikgu akan suka kepada murid2 nya yang rajin, yang sentiasa ikut arahan cikgu, dan pada waktu yg sama, cikgu akan doakan kejayaan kita.
- --persoalan, FACEBOOK! jgn igt biha ni nk PMR, biha x on9 tw, biha memang x pernah xon9! huhu.. sampai mak marah2, suruh belajar. tp sebab degil kn.. hmm.. lg2 sebab game2 yg biha men kt FB tu, syg nk tinggalkan :( tapi, biha mcm tu, biha kena igt, PMR tu mmg pnting, so, pandai2 lah control nafsu nk on9 je tuh.
- --buat latihan yang cikgu bagi, kalau tak tau, tye kawan2 cikgu2. tapi biha lebih suka tanya kawan drpada cikgu. sebab dgn kwan kita lebih serasi, tp kena igt, jgn kawan yang aneh2 pula, nnti diajar songsang plak,, huhu crilah kwn yang sesuai ok !
- --pegi kelas tambahan, jgn skip kecuali ada hal2 trtntu, dan pegi tusyen.. biha pegi tusyen,:) tapi kalau rasa dah boleh bawa subjek tu dengan baik tak perlulah membzir wang untuk pegi tusyen k :)
- --apa lagi ye? mungkin tu jelah :) kalau ada apa2 tye je dekat biha. kalau nak tau , doa apa yang biha amalkan, boleh tye je k, no hal !
ok, skrg.. nk cter. apakah perasaan biha sewaktu nama biha diumumkan di atas pentas sebagai salah seorang pelajar 8 A !
memang saat2 keputusan pmr keluar lah, saat yang paling mendebarkan, kerana dari keputusan itu, kita tau hasil usaha kita selama 3 tahun , sama ada cemerlang atau sebaliknya..
tik tok tik tok tik tok.. jam berdetik semasa di dalam dewan. tbe2, NABIHA... dengan pantas biha berdiri, tapi biha terpinga2 dan terkejut, betulkah itu nama aku?? biha sempat pandan kekiri kanan dan belakang, . jujur, biha memang xsangka selama ni, usaha biha membuahkan hasil yang cemerlang.. ALHAMDULILLAH. mak dan ayah yang mengiringi biha masuk ke dewan, lantas biha salam dan cium.. :')
bila sampai di rumah, biha terus ambil wuduk, terus sjud syukur. terima kasih YA ALLAH :') airmata kegembiraanku gugur serta merta ! ramai yang ucap TAHNIAH atas kejayaan tu tq semua :)