Thursday, November 17, 2011

PERUTKU TERBAKAR

tiba-tiba hari ni biha terajin nak cerita waktu biha masa kecil dulu? ehehe,, dah lma xmain pondok-pondok. sebab sekarang dah zaman IT. facebook je memanjang kn? nak main pondok-pondok pun. pandang sebelah mata je. puiihh ! *gengsternyer !

okay biha nak cerita waktu biha kecil-kecil dulu..  ceritanya bermula begini..

namaku nabiha ~ dulu biha suka main pondok-pondok, main kahwin-kahwin, * mak marah kalau biha sebut kahwin. mak kata takelok. haha. ok, fyned ! biha suke main kat bawah pokok. orang panggil pokok duit2. hik3.

pastu, biha berlakon konon-konon sakit perut. 

sepupu biha jadi doktor. dia buka klinik dekat-dekat situ. *ahlisepasukan 

doktor sapu ubat ni kat perut biha. mula-mula sikit. tapi biha ngada-ngada cakap, tak panas pun ! letak banyak-banyak lagi !
ok fine, doktor bukan kemain bubuh kat tangan banyak-banyak, then sapu kat perut biha macam mandi je rasa. 
nah ! NI UBAT NYEW!


TIBA-TIBA, biha terdiam. biha rasa sesuatu ! panas yang teramat sangat. rasa macam dikoyak-koyakkan kulit perut sampai nak terkeluar usus yang masih comel waktu tu ! biha lari !!!! masuk dapur, panggil mak ! doktor-doktor yang terlibat dalam klinik tu tercengang sebab diaorang tak tahu apa yang biha rasa ! bweeekk:P


*kembangkuncup hidungku.

mak tarik tangan biha terus masuk toilet. dia suruh tanggal semua baju, terus siram biha dengan air ! makkkk !! panaasssss !! 

mak tanya biha main apa? letak apa kat perut? time tu biha tak leh nak jawab sebab dah tahap maximum punya panas. sambil ersedu-sedu biha nangis masa tu. hahaha.. kelakarnya.

pastu, biha dah xmain da minyak-minyak panas ni. sampai sekarang dah tua bangka pun tak guna minyak panas. guna pun sikit je.. hewhewhew...

TAK ADA IDEA NAK BUAT NEW POST

tak ada IDEA nak buat entri post apa? ssshhh ! jangan nangis, jangan tension , jangan gelabah.
CHILL + RILEX = CHILLEX :)

senang saja , CARA 1:

anda cuma perlu sediakan 1 buku nota kecil :)

&
sebatang pensil

 cara-caranya, anda perlu bawa buku ni kemana-mana saje anda pergi. tak kesahlah, g toilet? sekolah? jenjalan? bawa je. dan selalulah mencatat segala yang anda lalui. bila dah buka blog,kalau nak buat new post, just selak-selak apa yang anda dah catat tadi :)
actually , itulah yang biha lakukan . ngehehe. sampai dah hancur-hancur buku tu biha bawa kemana-mana. fuuhhh ~

CARA 2 :

sediakan 1 henfon. biha rasa zaman moden sekarang ni, mustahillah tak ada henfon kn?


tak kesahlah henfon apa2 je, yang penting ada application note . anda pergi ke notes :) atau apa2 jelah . kalau yang tak de notes , just buat drafts atau save msg pun boleh ~
anda hanya perlu menaip segala-galanya di situ  yang ada segalanya *baca-baca ala2 iklan XPAX tu. 

lepas tu, bila dah save dalam henfon, just review balik apa yang anda save untuk dimuat turun kedalam new post anda ! yeah ! grab it! hehe..

*biha duduk asrama, that's why apa yang biha buat, biha catat kat dalam note book bukan hp =)

p/s kalau yang stress hp rosak apa je , lepas baca ni jangan nak merajuk *hentak-hentak kaki kat mak sebab tak ada hp . hik89


Tuesday, November 15, 2011

GARA-GARA IKLAN UBAT GIGI

tadi biha tonton tv ''*ceh jaga tatabahasa.'' bisik hati kecilku yang sedang menaip entri ni. biha tengok astro channel apa entah. ada satu cerita ni, skripnya berbunyi begini :

aku teringin sangat nak tahu lagu apa yang samsul (suami, bukan nama sebenar) sibuk dok dengar selama ni.... 
lepas dengar: 
oh, selama ni. abang samsul (bukan nama sebenar) asyik sangat dengan mp 3 disebabkan ada lagu si rina (bukan nama sebenar) nyanyi lagu iklan ubat gigi tu rupanya. 
haha.. tergelak2 biha dengar. bukannya apa, biha pun perasan juga yang si husbandnya  (samsul) , asyik pegang mp3, dan dengar lagu yang sama je. bila si isterinya dengar senyap-senyap, rupa-rupanya lagu iklan ubat gigi yang dinyanyikan oleh perempuan yang samsul minat.


last2 diorang gaduh, hampir bercerai gara-gara suami dengar lagu iklan ubat gigi RINA tu. kih3 ! 

*gambar hiasan

Monday, November 14, 2011

TIPS BELAJAR BIAR CEPAT FAHAM

Tips ni boleh digunakan bila waktu last2 minit.. bila periksa tu besok.. and malam tu barulah nak belajar.. eish, kalau boleh jangan diamalkan tau.. bahaya. takut tak sempat nak ingat. takut nanti masa jawab, rasa macam dah baca tapi tak ingat.
 tak ke tension namanya.. ! huhu



Tip belajar saat akhir/ last minit
1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk


2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.


3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.


4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.


5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.


6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.


7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.


8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.


500% biha ambil tips ni dekat sini.





TAHNIAH BUDAK SAMURA

disini, biha nak ucapkan tahniah dekat budak2 samura yang dah tengok result masing-masing kat sini. tahniah tau korang siapa yang dapat ranking tertinggi. !

tak macam biha :( sobs
biha try nak relax ni.. fuhhhh !!


Sunday, November 6, 2011

KALAU TINGGAL DI ASRAMA

ASSALAMUALAIKUM

kat sini, biha nka cerita sikit pengalaman tinggal di asrama. 
~ ceh mcam dh hbis sek je kn?
euushh ~
tapelah,, baca jelh !! :P




Kalau tinggal di asrama kena jadi kedekut?
mestilah ! sebab bila dah tinggal asrama, macam2 benda kena bajet. tak macam tinggal dekat rumah. parents ada kn?


kalau tinggal di asrama kena makan nyorok-nyorok?
mestilah ! kalau tak gerenti makanan kita kena kebas dengan orang lain. bukan tak nak bagi, tapi kalau kita nak makan apa nnti? kalau banyak simpanan xpa jugak.


kalau tinggal di asrama kena kawal diri?
mestilah ! kalau dekat rumah kita selekeh, kat tempat lain kita kena jaga diri kita. tapi buatlah pernagai buruk korang kalau nak dihebahkan 1 asrama. haha apa pon jangan bertopeng3 pula ye ! jadilah diri sendiri.


kalau tinggal di asrama kena jaga badan?
mestilah ! sebab dalam loker mesti banyak stock makanan untuk diri sendiri kn? apatah lagi, bila hari minggu parents datang bawakkan macam2 bekalan. haha,, jangan nak tipulah ! korang akan tetap rasa lapar setiap masa.. hehehe


kalau tinggal di asrama kena apndai urus diri?
mestilah ! sebab asrama ni dah macam rumah kita yang kedua, dan salah 1 cara untuk mendidik kita bila dah besar nnti. tanpa ibu bapa disisi,, yeahhh


kalau tinggal di asrama kena simpan duit syiling banyak2?
amboi! bila korang duduk senang lenang dekat rumah, nampak duit syiling bawah sofa? bawah meja? bawah carpet? mana2 jelah.. korang buat tak endah je. tapi bila dah masuk asrama, duit sepocen tu berharga taw ! sebab duit tu digunakan untuk call dan isi air mesin :) hehe
tapi zaman skrg ramai guna kadfon.. pepon duit syiling tetap penting!


kalau tinggal di asrama susunan masa tu lebih bagus?
mestilah ! waktu belajar ada, rehat ada , riadah pun ada.. semua sudah tersusun.. so, manfaatkanlah ye !


kalau tinggal di asrama dapat ramai kawan?
Ya Allah tu dh semestinya !! kwan dari semua pelosok kita boleh jumpa. ada kawan yang terpisah lebih kurang 7 tahun terpisah dengan biha pon akhirnya jumpa dekat asrama biha ni, haha,, :D tak sangka no!


kalau tinggal di asrama segala ibadah wajib kita dapat lakukan?
mestilah ! solat pada waktunya, dapat solat berjemaah, berzikir dengan khusyuk, solat sunat berjemaah, ngaji ramai2. kalau duduk rumah, ada ke anda nak buat semua tu dalam sehari?? tepuk dada tanya selera. ekhh,, tanya hati :)


kalau tinggal di asrama hubungan antara kawan makin erat?
mestilah ! bila berjauhan kawan rapat dari sekolah lama pun kita akan sentiasa rindu kn?? kadang sempat kol, kita kol. kalau tak sempat, pendam jelh, cehh ~~ tapi bila dekat, nak kol ? nk rindu?? susah.. sebab dalam minda kita dah set. ''eleh buat apa nak rindu, besok jumpa jugak' hohoho


hah,, ini je yang biha dapat simpulkan bila kita tinggal di asrama. apa yang biha taip tulah yang biha rasa. so,, kalau anda rasa seronok? apa tunggu lagi? tuk adik2 yang UPSR n PMR tu. pilih lah sekolah yang rasa bagus tuk adik2. k :) 


GOODLUCK !

Saturday, November 5, 2011

KETUPAT OH KETUPAT

ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BIHA UCAPKAN UNTUK SEMUA :)


*ee,, gelinya. mcam artis plak. =.=''


so, apa persiapan untuk raya aidiladha tahun ni kawan2? seronok? xseronok? opcos lah seronok, dan beronok-ronok. lagi2 bila balik kampung, jumpa saudara-saudara. pakcik. makcik. nenek. datuk. moyang kannn.
biha lagilah seronok, sebab dah lama terperap untuk menuntut ilmulah katakan kat asrama ni.. eish.... sabar2 ~
sekarang, dekat dapur, mak dan makcik2 biha sibuk memasak. amboi! bermacam2 bau-bauan yang menusuk hidung ni. haaaaciumm !
biha buat apa?? ala. as ussual ! biha mengonline.. jap2 gi dapur. ronda-ronda ala-ala mak guard meronda blok bangunan. haha


*dasar pemalas ''hatiku berbisik''


eish! bukan malas, biha nak manfaatkan masa biha balik ni, untuk memuaskan nafsu online ni !! arghhh!!!!! xpuas2. tak tahu mengapa.. teruknye perangai biha ni~ astaughfirullahalazim.


okay ! tutup cerita !. biha nak mencapub sebenarnya ni. 


sempena hari raya aidiladha tahun ni, biha merajinkan diri menganyam ketupat seperti hari raya yang sebelum ni. biha berjaya menganyam lebih kurang 50 lebih ketulan ketupat !! 
weeeee ~~~~~~~~~~


jeles? ta? jeles?  hehe.. tu je..


apa pun.. biha kat bawah ni. ----- nk ucap !


selamat hari raya aidiladha.
:)

MUSIC TIME

ASSALAMUALAIKUM

iklan ksah sedih sebentar::

makaihhhh,, dah lama biha xon9, sob! lebih kurang 1tahun, opsss 1 bulan 7 minggu. SOBS!

sedih tak? tak sedih? kbai!.

okay, hai3, dah lama biha xon9, xupdate blog n blablabla... bila tak update blog, dalam fikiran ni macam2 nak story. tapi bila nk update, tak tahu nak story hape.. hehe.. biasalah kn manusia. ~
hari ni biha nak cerita sesuatu. nak cerita tentang kursus MUZIK yang biha join hari tu. sangat menyeronokkan !
sesiapa yang pergi tu, cikgu yang pilih. means: sapa yang pandai main alat muzik, apa2 je cikgu pilih. biha terpilih .. haha,, tak sangka!! mungkin sbb biha selalu melalak atas pentas plus2 biha pandai men gitar, ekhh, ~ teeeettt. secret2 !
memang syok,, kursus tu dijalankan kat UPSI kat Perak, jaoh kn? xmau lah cerita panjang. kalau cerita pun korang nak baca? hehe.. tengok gambar lagi syokkan? so.. tengok jelah ye. :)






cari biha kt mne??? haha

Sunday, October 2, 2011

MALAM TAUTAN KASIH

ASSALAMUALAIKUM


hope semua kawan-kawan biha sihat k :)
biha nak kongsi cerita di SAMURA. (MALAM TAUTAN KASIH) (MTK)
wah, bunyi menarik kn? haha.. malam tu ada sambutan hari raya. dan kebetulan tahun ni, hari merdeka disambut pada hari raya juga kn? so, sek biha sambut dua2.
ada 10 jenis air tau :) hei dengar tak? 10 jenis?? haha.. then, ada bermacam-macam juadah. ceh ayat nerd. =.=''
hurmm,xpelh..kn,
disebabkan banyak 'giler' makanan waktu tu, biha pon tak makan semua.. ceh jaga perutlh kata an,, nyampah.
biha bawa balik ayam panggang, dan sate untuk makan dalam dorm.. hehe..
*tapi biha penat sangat malam tu balik terus tidor.sampai terlupa nak makan ayam panggang. besok pagi bangun tidur perot berkeroncong.. ingat an nak mam ayam tu.. tapi biha baru je nak rasa sikit, dah pahit.. ehh masin kuahnya.. ewwww.... okay dalam hati : BASI !!
 fine...tak dapat makan ayam panggang MTK ....sedih ~ tapi tak da sapa tahu.. siapa-siapa yang baca jangan bagitahu kat orang lain tw. ahhaha
*bajet macam rahsia je kn.
tape2.

tapi yang bestnye, biha dapat buat persembahan. sebab malam tu biha ada menang buat lagu dan muzik sendiri.. dengan bantuan kawan-kawan jugak. tahniah korang !


cari mana biha??
yang nyanyi 2 orang je. biha n girl yang pakai tudung purple tu. kita orang satu dorm tw. sweet x?? haha

dh jumpa? okay ! good job !
tak jumpa?
*cari sendiri

dh menang katakan, of coz lah dapat hadiah. kita orang dapat hamper. ALHAMDULILLAH... :)  then,share2. 
~ sharing is caring. ~
okay, rasa dah cukup kot nak kongsi cerita. kat bawah ni ada 1 gambar biha malam tautan kasih. satu je tau. tak nak bubuk banyak-banyak. malas~



nah ! besau2 sikit, baru puas tengok , ngehehe..
 p/s sorrylh ayat gelabah sikit. nak cepat siap2 balik asrama :( sobsss







Saturday, October 1, 2011

IKHLAS KE DIA?

suatu hari, ada seorang lelaki lalu dihadapan biha.
lelaki : hai, boleh kenal.
biha : diam----
lelaki : awak cantik., saya rasa jatuh cinta dekat awaklah.*smbil cuba mendekati
biha : erghh,, ye. okay. kawan saya lagi cantik dari saya.
lelaki : yeke? 
biha : tu, ada dekat belakang awak.
lelaki : *pndang belakang. mana? tak de pun.
biha : kalau betul awak cintakan saya. tak mungkin awak pandang belakang untuk mencari kawan saya tu.
lelaki : *hanya terdiam.
biha hanya tersenyum dan terus pergi meningglkan lelaki itu.






*rekaan semata-mata. =')
tak salah untuk kita uji lelaki kn??


--RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL--

Monday, September 5, 2011

Bila kita SAYANG orang tu


ASSALAMUALAIKUM


Bila kita sayang org tue

Biler kiter syg org tu,
Kita tnggu dia lame pn x per,
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2...
Ati kate ala,adatlah ada yang mnunggu & d’tnggu...

Biler kiter syg org tu,
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan,ada dia lyn kiter???
Ati kate,x pe dia busy kott!!!



Biler kiter syg org tu,
Kita gdh ngan dia,kita dim jea...
Tp dia heboh 1 dunia...
Ati kate x pe,dia tension tue...

Biler kiter syg org tue...
Kita kol nak ckp ngan dia...
Tp dia bg phone kat org len atau matikan...
Biler jd cm2,x pe...
Ati kata,x pe...lyn je,kwn dia,kwn kiter gak...

Biler kiter syg org tu...
Kita b’cerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik...

Tp biler dia bercerita ngan kita???
Kita dgr,sepatah2 kite kena ingt...
klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…



Biler kiter syg org tu,
Kita & dia lpr...
Tp kiter bg sume roti kita kat dia...
Ati kata,ala jaga lh ati dia,sian dia…

Biler kiter syg org tue,
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih,dia srh jugak kiter lyn dia bila dia bsn...
Adil ker???Ati kata,ala bukan selalu pun...

Biler kiter syg org tue,
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita,
Ati kata,ala x pe,x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam...



Biler kiter syg org tu,
Kita x pnh pntingkan diri sndri,
Tp dia hpokrit thp gaban..
Ati kata x per,dia mmg cm2 kene lah trima...

Biler kiter syg org tue,
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya,
Tp dia x tahu kiter b’dpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit bese2 jer,jgn nk mngrt...
Ati kata,cmnelah dia biler kiter x de,msti dia hepi...

Biler kiter syg org tu,
Kiter x snggp tngk dia derita,
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tue,
Kiter snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia...
Tp adakah dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata,x pe,janji dia bhgia...

Dan...
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya...
Dia dtg ziarah pusara kiter...
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah bwt kiter tnggu dia...
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn...
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan ati kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah bwt kiter klprn sbb dia...
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter...
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan skt kiter...
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri...
Dia mintak maaf sebab x pernah tngk p’deritaan kiter...

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....

HARGAILAH ORNG2 YG KITA SAYANG... I love you







*credit to: khairiyah

Saturday, September 3, 2011

LELAKI TAK GUNA !! BENCI KAU !

ASSALAMUALAIKUM


entry kali ni, bukan nak tuduh semua lelaki tak  an,, cuma sebilangan je..
lelaki,, kalau rasa guna atau tak guna,, kalau kaurang nak test power korang ni berguna atau tak,, cube try (dh cube nk try plak an) baca k..


Lelaki jadi tak guna bila dia :

  • Membiarkan saudara perempuannya memakai pakaian seksi tanpa menegur mereka
  • Tak memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak2 dan isterinya
  • Mengabaikan nafkah zahir dan batin terhadap isterinya
  • Memukul isterinya,padahal isteri itu sangat taat kepada dirinya & Allah
  • Mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ayah terhadap anak2nya sama ada dari segi nafkah & sebagainya.
  • Menderhakai kedua orang tuanya

Ingat!!!Bukan semua lelaki tak guna,dan bukan semua perempuan berguna!



diulang.... 
Ingat!!!Bukan semua lelaki tak guna,dan bukan semua perempuan berguna!

p/s bukan semua lelaki tau.. seteng-seteng je, :) lelaki yg xguna mcam kat atas tulah .

KLIP VIDEO PALING MENARIK

ASSALAMUALAIKUM

engkau orang (korang) hehe,,, pernah nampak tak klip video ni dekat televisyen rumah masing-masing. eh tak kesahlah rumah siapa pun. tapi yang penting klip video ni gempak kn3?? memang hebatlah kumpulan rap dekat Malaysia ni. pandai dia orang (dyeorang) buat lagu semangat kemerdekaan macam ni.
*teruskanlah-teruskanlah kau begitu (baca ni ala-ala lagu agnes monica , ''teruskanlah'') 

siapa sokong? sila like entry ni !!! wink4~





Friday, September 2, 2011

PENGALAMAN BERBUKA PUASA DI ASRAMA

ASSALAMUALAIKUM


uweekk nak nangis je bila ingat

entry kali ni, biha nak kongsi cerita pengalaman berbuka puasa dekat SAMURA.alahai, korang boleh baca dekat tajuk post ni kan. 'nggak usah di bilang lagi' ehh, entah apa2 yang aku merepek ni. okay, buka dekat asrama. nak kata seronok tak adalah seronok sangat. nak kata tak seronok. hmm.. seronok lah juga. =.=''
FIRST DAY, puasa. biha dah kena buka dekat asrama. meleleh-leleh sampai berlecak sekolah biha sebab air mata. hahaha.. mana taknya, first time buka puasa tanpa family. ceehhh poyoss! tapi tulahkan peliklah juga. dekat asarama, kena ambil makanan jauh-jauh. kalau tiba-tiba mengidam makanan dekat BAZAR boleh beli.l tapi kena SEB-SEB duitlah. bukan ada parents nak bagi duit belanja lagikan? kalau nak, kena OUTING, cucuk-cucuk kad ATM.. sebelum tu kena beratur. yelah, zaman sekarang orang letak dalam bank je an. so, ramailah yang nak guna mesin dekat bank tu. dahlah kena beratur, berhimpit-himpot. ada Abanglahdesh, Menyanmardesh, ehh! sesuka ati je desh2 orang. haha. pastu, bila dah keluarkan duit, bolehlah belanja dekat KO-OP. (koperasi dekat sekolah tu). dekat sek biha, KO-OP tu dah macam SYURGA WANITA. haha. napa sih? sebab setiap kali yang berbelanja waktu riadah or rehat, paling ramai perempuanlah. eish,, perempuan2.. camna lah tak tembam, kalau asyik berbelanja makanan (majoritinya aiskrim). huhu. 

takpalah, biha pun sama ngeh5!!~

ekhh, dah lari tajuk.. weee ~ okay, buka dekat sanakan. kiteorang kena pergi dewan makan. kena beratur. amik makanan. tengok muka abang n akak DM setiap hari. bosan kot .=.= tak pa2 yang penting dapat makanan. makan apa je? tak payah lah bagitahu. sekolah kita orang biasa2 jer.. cehh, paling kurang pun makan nasi minyak. tu paling low level lettuww :P

lepas ambil makanan, kena ambil tudung saji, kena tutup sementara tunggu berbuka elakkan dihinggap lalat atau apa-apa jelah.heee.. bila dah masuk waktu, ada seorang kena lead untuk baca doa. lepas tu, makanlah ramai-ramai ikut'dorm'masing-masing.. wahhh,! saat tu, memang lega sangat.. biasalah, dah bukak puasakn? tapi dekat sana, makan sikit je dah kenyang. tak tau kenapa. tak selera agaknya.. 

kalau nak tahu tentang sahur.. sepanjang bulan puasa di sekolah, biha cuma sahur 4 kali je. =>

KELEBIHAN SURAH YASIN AYAT:58

ASSALAMUALAIKUM


*beberapan potongan ayat surah yasin

seperti yang kita tahu, surah Yasin banyak fadilatnya, bukan setakat dapat melindungi diri malah dapat menyihatkan tubuh badan kita :) pernah tak kalau dekat sekolah/ baca yasin ramai-ramai kita disuruh untuk baca sirah yasin ayat yang ke:58. 

salamun qaulam mirrabir-rahim
3kali, right?? pernah tak korang terfikir kenapa?? biha pun tertanya-tanya. kenapa kena ayat tu yang kena baca 3x? kebiasaanya, selepas baca 3x kali kita akan senyap (buat hajat masing-masing). jadi, disebabkan biha agak musykil, semalam sewaktu beraya di kampung biha mengambil kesempatan untuk tanya atok. yeah! sebab atok lebih berpengalaman. dia dah timba ilmu sejak kurun lama. hehehe. 


biha: atok , angah (biha) nak tanya. apa kelebihan baca surah yasin ayat ke:58??                      atok: ayat tu, selalu dibaca 3kali dan kita buat sesuatu hajat. insya-Allah makbul. tapi selalunya, atok buat hajat dekat ayat yang akhirnya ''mubin''. 
hah! selain ayat:58. ayat2 yang hujungnya, ada ''mubin'' pun boleh buat hajat selepas baca. korang boleh rujuk dekat sini. kata atok, ada 7 ayat. jadi, 7 kali kita boleh buat hajat sewaktu baca yasin. selain buat hajat, biha ada dapat sumber dari GOOGLE bila kita rasa pening kepala / migrain, kita boleh baca ayat:58 ni sebanyak 3x juga. okay, sampai sini jelah perkongsian ilmu untuk hari ini. 


terima kasih kerana sudi membaca. :)

IKLAN PERTAMA YANG BUAT BIHA NANGIS


sangat sedih :'(hormatilah dan sayangilah mereka .. ~

Tuesday, August 30, 2011

GAMBAR RAYA

ASSALAMUALAIKUM

HAI,, SELAMAT HARI RAYA. BIHA MOHON AMPUN dari hujung tudung (perempuan muslimah) dan songkok (lelaki muslim) ; MAAF ZAHIR & BATIN !



agak-agak korang lepas raya ni, bila setiap kali korang tengok album kawan2 mesti banyak giler gambar raya kn3?? mustahillah kalau tak de. tak mungkin tak mungkin kalau tak banyak so, apa tunggu lagi?? jom kita lawan gambar sipe paling berlambak2 dan berbundle2 lepas raya ni ;)

p/s entry merapu. fine !

KUNYAH KATAK

ASSALAMUALAIKUM


mesti korang geli baca tajuk entry kali ni :)
tapi nak buat macam mana , biha tetap nak citer. nak jugak ! 


ada 1 ari tu biha tengah on9.tetiba.......



HAHA,,
gara-gara tak jawab salam orang :)

*bro, kalau ye pon tak payahlah lagu gitu.. anyway, baguslah ye. teguran yang sangat bagus. so pasni.. jawablah ye salam orang .. ngehh5


Saturday, August 27, 2011

LAPAR

ASSALAMUALAIKUM



nampak tak pic atas tu..
tulah yang biha rasakan sekarang.
tadi tengah sibuk2 kemas umah tetiba rasa lapar gler,, hehe,, padahal dah sahur kot..
macam2 biha makan..
termasuk kuih raya yang buat sendiri. :D 
nyumm3 !!
korang ada buat kuih raya x?? apa2? story2 lh..
ok,, back to the point.
nak kata tak baca doa masa sahur tadi, rasanya, baca..
tapi napa lapar ni.. huhu
errggghhh !
''sabar-sabar-sabar'' bisik hati biha..
chillex2. ('',)


p/s saya masih puasa , ok ! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...