Friday, March 15, 2013

Indahnya Hari Jumaat

ASSALAMUALAIKUM


pejam celik pejam celik, dah masuk hari Jumaat utk minggu.. :) alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk melaksanakan ibadah semoga semakin mulia dan mendapat reda Allah. Amin.

seperti tajuk post yang Biha buat pada hari Jumaat yang mulia ini, diharapkan pembaca, dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca artikel khas (indahnya Hari Jumaat). 
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya."
 1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh.
Dari Abu Hurairah -radhiallahu anhu- dia berkata:
"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam shalat subuh membaca: "ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan 'HAL ATAA 'ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan)." (Al-Bukhari dan Muslim)
2. Memperbanyakkan selawat
Dari Abu Umamah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata,
"Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari jumaat kerana selawatnya umatku akan dipersembahkan untukku pada hari jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku." (Baihaqi dengan sanad shahih)
3. Membaca surat Al Kahfi
Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari jumaat akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat." (HR. Al Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)
banyak lagi kaifiat membaca surah al-kahfi ni. kalau baca 10 ayat, akan dilindingi daripada fitnah. dan kalau baca smua ayat (1 surah tu) akan di masukkan ke dalam syurga. wallahualam. untuk dapat kan lebih maklumat, sila tanya encik Goggle ya...
4. Memperbanyak do'a (Abu Daud)
insyaAllah, doa akan dimakbulkan.
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
- Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.
 - Berpagi-pagi menuju tempat shalat jumaat. 
- Diam mendengarkan khatib berkhutbah.
- Memakai pakaian yang terbaik. 
- Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.
jadi ayuh kawan-kawan yang Biha sayangi, manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah saw sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis di atas. Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.
Allah s.w.t berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-Imran:31)

Friday, March 1, 2013

1st Giveaway by Zura Online Shopping.

ASSALAMUALAIKUM


klik banner untuk join ye :) hadiah sangat lumayan ! so grab it !!

The 2nd Happy Giveaway by Nana & Riiri


kenapa Biha nak join GA ni??

  • Biha di-tag oleh kawan biha yang pompom :) alani thanks to her *hurrayhurray 
  • Tiba-tiba berminat pulak untuk join GA ni, sebab nampak menarik. comel-comel je. dan boleh dikatakan mudah untuk follow/like others sponser :)
  • dengan jujur dari lubuk hati yang dalam, Biha dah follow/like/add kesemuanya sponsor yang disuruh termasuk tuan-tuan yang buat GA ni.
  • BUT ! ada 1 blog ni yang Biha tak boleh follow. maybe salah link / smthing wrong. 
haaa tu dia 
  •  yeeaahh :) alhamdulillah sudah di-complete segala yang kamu minta. harap bertuah :) insyaAllah. amin ~

kawan - kawan yang di tag : fayun , shakira ,  arina

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...