Friday, December 28, 2012

Masak - Masak Hobiku



ASSALAMUALAIKUM.

Apabila bosan melanda, fikiran mula meneroka. 
apabila masa banyak terbiar, mula biha isi dengan aktiviti yang berfaedah.
so, inilah hasilnya :))
dekat bawah ini biha upload pic-pic masakan yang biha buat. dari semasa ke semasa, insyaAllah akan bertambah. 

macaron nutella :) yummm!


tom yam special ala-ala comel :)


errrr........ ni import punya ! hihi


chocolate ice blended :)


puding roti corak bunga ros



puding roti corak ikan


western food



Inilah saya


Namaku NABIHA.
Lahir 1995.
Suka barang-barang yang COMEL.
Gemar bila orang WISH birthday. sebab? sebab birthdayku 1/12/1995. memang untunglah siapa-siapa yang ingat, sebab bulan ber-holiday :')
ex-student SAMURA. i'mproud to be a samurian.
itu sahaja yang dapat ku kongsikan. segala pertanyaan boleh email:

-bihasucceed@yahoo.com
-www.yummysweet@gmail.com
facebook : Nabiha Erin Balqis



Tuesday, December 18, 2012

Kena azan dekat telinga, tidur waktu TRIAL SPM

Assalamualaikum.

Dah baca tajuk post? haha. okay, actually,trial SPM dah lama lepas. tapi biha sengaja nak imbas kembali kenangan yang paling 'indah' waktu biha menduduki last paper biology paper 3, trial spm 2012 !
this year okay. this year XD
em, waktu tu last paper biology. paper 3. as usual, bila dah siap. memang tak tau lah nak buat apa. nak nyanyi? berbual dengan kawan? baling-baling surat? hentak-hentak kaki? haha. memang kena 'out' lah kan. jadi, disebabkan waktu tu biha dah siap. biha tak tahu nak buat apa. nak check, dah check.. almost 2,3 times lah. *ecehhh ayat macam biha ranker je. haha. jadi, biha amik keputusan untuk letak dagu atas tangan, tangan atas meja saling bertindihan. agak-agak gaya apa? gaya ala-ala nak tidur lah kan. kononnya waktu tu sajelah nak rehat-rehat. jadi, biha pejamlah mata.. buat-buat feel dalam spa. buat-buat rasa ada orang massage. hahaha. suddenly, biha terlelap.. lagi 15 minit rasanya masa tamat.


tik tok tik tok ~
masa pun tamat!

cikgu yang jadi jaga waktu tu berpusu-pusu kutip kertas dari satu meja ke satu meja yang lain. tapi biha??

biha tetap meneruskan mimpi-mimpi indah atas meja sambil mendagu tu. 

tiba-tiba tanpa disangka-sangka cikgu datang meja. sudah tiba masa untuk kertas biha dikutip. biha tetap tak bangun juga waktu tu !.. cikgu kejutkan (cikgu lelaki) takkanlah nak sentuh pula kn?.. sampai satu tahap, mungkin cikgu dah geram kot.... cikgu terus azan.. ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR ~. dengan pantasnya, biha terus bangun. walaupun masih dalam keadaan lesu. hihihi. satu kelas memerhatikan biha. YA ALLAH, mana nak letak muka aku ni weyy?? dengan selambernye biha bangun, bangun, ambil beg dan terus balik asrama. :D weee ~ syiokkkk!! 

p/s: waktu tu cikgu ada juga cakap-cakap ayat nak kejut biha, tapi biha tak ingat pulok da. mungkin kalau tanya budak kelas, diaorang tahu kut. tanya biha? memang tak lah kan.. dan biha sibuk tidur kat situ.haha

p/s again : biha budak asrama :') sila komen jika ada sebarang komen. hihi

Aku ingin berjihad.

Assalamualaikum.

TAKE NOTE !

Bawalah Islam kemana-mana. Pertahankanlah ia.

Assalamualaikum.


Kisah Wanita Berpudah Membeli -belah :-

Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar. Kebetulan cashier yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab ygberpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu td dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja. 

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tidak dapat lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan, "Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... 

Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata, "Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah...
Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

Monday, December 17, 2012

SAYA NAK DIREVIEW OLEH NIL

Assalamualaikum


tag : ifa,  budakcomel

Ikhlaslah dalam bersahabat

Assalamualaikum.

hari ini biha nak cerita pasal sahabat. saja nak isi masa lapang ni dengan post perkara yang berguna. agar menjadi iktibar untuk semua. cerita ini dihasilkan berdasarkan pengalaman sendiri :) renungkan ~



Sahabat umpama tiang yang menyokong apabila kita rapuh mahupun tumbang. apabila sahabat itu datang sewaktu kita gembira tapi pergi begitu sahaja sewaktu kita di dalam kebuntuan mahupun kesedihan, alangkah sedihnya wahai hati-hati yang menginginkan tiang yang membantunya dikala kesusahan. jadi, cuba kita cermin diri kita. ikhlaskah kita selama ini, dalam persahabatan? ikhlaskah kita selama ini sewaktu membantu sahabat-sahabat kita?
                 SubahanaAllah, Maha Suci Allah. memang tidak dinafikan manusia sering kali kutuk sana-sini tentang sahabatnya. berkawan kerana ingin publisiti. berkawan kerana ingin ditemani sementara kerana tiada kawan pada waktu itu. berkawan kerana ingin memanfaatkannya. jika kita pernah melakukan semua tu, pernahkah kita terfikir hati sahabat yang kita pergunakan itu?? pernahkah kalian faham hatinya, faham perasaannya, faham keadaannya walau sedikitpu walau sekecil zarah pun. Malah kawan yang ikhlas itu sanggup lakukan apa-apa sahaja untuk kita. dia sanggup luangkan masa mendengar masalah yang kita alami. dia sanggup lepaskan segalanya hanya ingin melihat kita bahagia. tapi kita?? di hadapannya kita berpura-pura baik. sanggup lakukan apa-apa. tapi di belakang?MasyaAllah. Tuhan sahaja yang mengerti.

ada satu cerita:
seorang kawan daripada sahabat ini bertanya,

kawan : kenapa kadang-kadang kau rapat dengan dia? sedangkan selama ini kau kutuk-kutuk dia? kau kata kau benci dia? 
sahabat (pura-pura baik) : ala, aku kawan dengan dia saja-saja je.

DIA dalam cerita ini,jika dia tahu,apa yang dikatakan oleh sahabat (pura-pura baik). apa perasaan DIA? alangkah sedihnya ! alangkah sakitnya hati dia! apabila mengetahui selama ini, dia sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabat itu dari segala masalah. rupa-rupanya sahabat itu telah mengambil kesempatan untuk kesenangan hatinya. jujur, tak terlintas dalam fikiran dia untuk mengecilkan hati sahabat. malah jika diizinkan, semua sahabat dia ingin menjaga hatinya. tapi itulah kehidupan. si dia menyambut ulang tahun kelahiran sahabatnya dengan membelikan hadiah. walaupun murah tapi kerana ikhlas dia tetap memberi. tetapi sahabat? semua ini kerana sikap iri hati! cembur!. itulah hidup!.

                sahabat sedar tak selama ini, perbuatan hasad dengkinya, cemburu melihat dia memiliki kebolehan, cemburu melihat si dia memiliki segalanya, cemburu untuk segala-galanya..akhirnya memberi kesan buruk terhadap diri sahabat sendiri?? dan sebenarnya si dia tahu sikap iri hati sahabat itu sejak dari dulu lagi. tapi si dia tidak mahu sedikit pun berlaku pergaduhan mahupun putus hubungan dengan sahabatnya. jadi, si dia tetap sabar,sabar & terus bersabar. tapi sampai bila wahai sahabat? sampai bila sahabat ingin berhasad dengki? sampai bila? adakah sehingga si dia meninggalkan dunia, baru sahabat bersorak-sorak kegirangan? dan pada waktu yang sama terlari-lari ke kubur dia untuk memohon maaf??

sedarlah sahabat. minta maaflah kepada siapa-siapa yang telah kita sakiti. ajal maut di tangan Tuhan. entah benar atau tidak si dia memaafkan sahabat itu. terpulanglah pada kesedaran sahabat itu sendiri. jadi sahabat harus sedar sebelum terlambat.

''sedarlah wahai insan yang bergelar sahabat. ikhlaskanlah hati dalam bersahabat. kalau kita benci, katakan benci. kalau kita sayang, buktikan dalam persahabatan yang mesra dengan keikhlasan. sedarlah segala apa-apa yang kita lakukan di dunia ini, baik mahupun tidak, akhirnya akan diketahui oleh sesiapa sahaja yang dikehendaki.


p/s: ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca. semoga Tuhan merahamatimu :)
sila komen jika ada yang ingin dikomen :) hihi

IBU

dengarlah lagu ni. sedih kalau dengar elok-elok dan hayati cerita yang disampaikan dalam video ni :')

 lagu yang bertajuk IBU. dinyanyikan oleh Haddad Alwi feat Farhan (budak comel)


Amar makruf nahi mungkar

Assalamualaikum w.b.t

semoga semua blogger2 di luar sana sihat sentiasa. amin , insyaAllah :)
syukur alhamdulillah umur kita masih dipanjangkan dan dapatlah kita melaksanakan ibadah dan suruhan Allah dengan sempurna. Allahuakbar, Tuhan yang Maha Besar. sungguh aku bukanlah insan yang mulia. terlalu banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini. kadang-kadang aku sedar kesalahan yang aku lakukan itu tapi itulah yang dinamakan ujian. syaitan-syaitan malah iblis-iblis sibuk menghasut umat Nabi Muhammad supaya TIDAK melakukan suruhan Allah. marilah kita sama-sama : amar makruf nahi mungkar.



 

Friday, December 14, 2012

Contest Cute Picture by storyofheart

Assalamualaikum





jika anda ingin sertai / dalam englishnya 'join', sila klik gambar di atas :)

sebenarnya, biha tak rasa pic ni cute. tapi rasa cute jugak. muehehe.. so, joinlah kepada siapa-siapa yang nak join :) tak kesah tua atau muda. yang penting comel ! okayh!

hadianya menarik, ayuh ayuh ayuh !

nama yang ditag : (wajib join yaa)



Thursday, December 13, 2012

Cara menjawab salam yang dikirim




Assalamualaikum.

97% muslim yang saya jumpa bila disebut:

"Wei, Ina kirim salam."

Akan dijawab.

"iya ke?WA'ALAIKUMUSSALAM."

Ok...

Nmpk mcm tak da masalah kan?

Tertanya2 kan apa masalahnya kan?

Ya. Memang ada masalah...
=.="

Sebenarnya,jelas di dalam hadis nabi saw,nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen(org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tapi.....

" wa'alaika wa'alaihissalam "

Sebab apa?

Nur suruh Manal kirim salam kat Ina.

Ina jwb " wa'alaikumussalam "

Sdgkan:-

Wa'alaikumussalam= selamat sejahtera ke atas KAMU

jadi salam Nur kpd Ina tak terjawab kan?sbb Ina doakan salam tu kepada MANAL SEDANGKAN MANAL TU ORANG TENGAH..

Manakala:-

Wa'alaika wa'alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.

Maka salamnya terjawab.... ^_^
Indahnya Islam...

Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib..jadi kalau salah jwab,bermakna MASIH BELUM JAWAB(^_^)







Friday, November 30, 2012

its over !

Assalamualaikum.

alhamdulillah, segala perjuangan yang biha lakukan di SAMURA sudah selesai 80 %. mana lagi 20 %? semuanya akan terjawab pada tahun hadapan. sewaktu keputusan SPM keluar.

Ya Allah, semoga kami semua calon SPM mendapat keputusan straight A+ . amin ~
apa plan korang yang dah merdeka ni? setakat ni biha tak ada apa-apa planning. tapi ada lah juga nak buat something yang boleh menghasilkan duit. sekurang-kurangnya nnti biha boleh buat belanja bila dah dapat U. or oversea insyaAllah. dekat sapa-sapa yang ada info pasal biasiswa or IPTA / IPTS , please tell me. :)

kejap ! oversea?  wah! cita cita yang sangat tinggi yang biha impikan selama ni. adakah tercapai? insyaAllah akan tercapai. para psikologi ada berkata, kebiasaannya apa yang kita impikan dan bayangkan , akan tercapai. tapi bergantung pada rezeki masing-masing. tak salah kalau nk berangan kan :)) berangan naik flight! sampai luar negara, main main salji ! wahh. :))


ini saja post hari ini.
doakan yang terbaik untuk diriku !.. 

Friday, August 24, 2012

"contest | Aku nak LOMO by Cik Tyra Lee"


bismillahirrahminirrahim. dengan lafaz basmalah, biha sertai contest oleh cik tyra yang comel lagi bergaya ni :)
harap-harap, di hari mulia ini (jumaat) biha diberi rezeki untuk memperoleh kemenangan dalam contest ni. *peh ayat ! :D

so, pada sesiapa yang mahu join, sila tekan banner dekata atas, dan ikut terma&syarat yang telah ditetapkan.  blog cik tyra ni, sangat comel bertemakan kuning2 hijau2. warna yang sangat lembut, dan tenang. sedap mata memandang, takdelah serabut sangat :) tahniah cik tyra, blog anda dipuji dalam entry ni. hihi. sebab sangat comel, dan pujian ni khas untuk mempromosikan blog anda . :)

tag kawan :
p/s semoga berjaya !

Sunday, August 19, 2012

New Skin


Tumblr_m8z22ix3yr1rdckhfo1_500_large

assalamualaikum

hye! new skin here. edited by my sister =)




Sunday, May 27, 2012

MINGGU PEPERIKSAAN

ASSALAMUALAIKUM
Dah berkurun lamanya bih xupdate blog. haha. ni balik untuk stgh tahun, dalam kalendar 2 minggu. tapi hakikatnya, hanya seminggu. HHMM :') sbb ada program XPECUT, nak habiskan semua sylbbus subject. erghh....takpelah syukur alhamdulillah, mungkin balasan kejayaan yang Allah akan berikan nanti. amin ~ so, apa cerita terbaru?? macam macam nak share sebenarnya. tapi disebabkan terlalu banyak tak tahu nak cerita pasal apa. ni pon, blog dah bersawang. nak clean up sat gi. pastu biha akan update lagi baru. jadi, sebut pasal minggu peperiksaan ni macam-macam nak prepare kn? macam result? ada yang dh dapat? siapa yang gagal, tak pe usaha kena lebih *mcm ckp dgn cermin je. tapi siapa yang cemerlang, teruskan. konsistenkn. jangan bangga sangat, jangan riak. tolong bantu rakan-rakan yang lemah tu ok? :) gooD!! that's my girl & boy friends. hehe.

bila periksa ni, mestilah kita kena susun meja, right? meja sapa yang ada sampah sarap dah berabad tu, kena bersihkan. sapa2 yang ada nota2 kecik kat meja, harap dibubuh dekat tempat lain bagi mengelakkan sebarang peniruaan dilakukan. hal ini juga dapat menjadikan calon periksa berasa selesa untuk menjawab semua soalan. *wah, ayat BM !


haha tengok pic bawah ni. ni antara stick note yg ada atas meja biha :) segala luahan hati , jiwa dan raga ada kat sini. hehe, banyak lagi, *taknak tunjuk semua :]



this is from my beloved frend , dormmate  baker :) thank you !! 

this is special! from my senior :) kak suqay :) miss u !!

Friday, March 16, 2012

CARA BUANG TIMELINE FACEBOOK (remove timeline)

ASSALAMUALAIKUM


korang suka tak timeline facebook ? mesti ramai yang tak suka kn? biha lagilah. sebelum ni biha ada guna timeline. ingatkan syok macam chocolate , tapi hampeh.
tension. nak cari friends, nk cri photo. actually, takde lah susah mana pon, senang je. tapi dalam senang-senang tu ada kekeliruan sikit. nak loading dalam otak ni , nak cari ni mana tu mana pon lama. huhu XD

okay. malas nak bebel lama-lama. mari kita mulakan operasi membuang virus TIMELINE ! yeah !!
sebelum tu, ingat.! selepas buang, tinggalkan jejak *comment anda di blog ini :) terima kasih.

pergi sini

dah siap? yeahh ! tengok FB korang. jadi apa? old fb right? syok!! :D

Tuesday, March 13, 2012

DAGING BURGER CHEESE

ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya nak buat entry ni semalam. tapi disebabkan MASA mencemburuiku.. baru sekarang biha nak post. semalam biha ada buat 1 resepi baru bersama akak. huhu.. kebetulan family tak ada kat rumah, so kiteorang main masak-masak. *ehh, main? tak ! ni betul masak-masak :)


terliur tak agak-agak? hehee. *terliurlah sangat kan.

tak pe tak pe. 
ni recipe nya :)
bahan-bahan:  simple
  •  bawang kecil 2 biji
  • lada besar (ikut kepedasan yang korang mahukan)
  • black pepper
  • lobak merah
  • sos cili
  • cheese slice
  • daging burger (terpulang berapa banyak)
  • minyak masak & kuali (paling penting, kalau tak ada macam mana nak masak? )
cara-cara:

  • hancurkan daging burger di dalam bowl
  • campurkan daging burger yang tlah dihancurkan bersama bahan-bahan spt carrot, lada, black pepper, bawang kecil. gaul-gaul & gaul.
  • selepas itu, anda boleh masukkan terus ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyak. atau kalau nak COMEL, jadikan bentuk bulat. haha. *ala tomey-tomey
  • dah siap, letak cheese slice kat atasnya. lebih elok kalau tengah panas. tapi kalau dah sejuk, korang letak chesse slice atas daging tu dan masukkan ke dalam microwave ! waktu tu korang akan lihat, cheese tu cair atas burger tu ! WOW !!
  • tuangkan sos mengikut citarasa anda :)
  • dan siap ! 


bulat-bulat :) so, senang nak masak & garing!


cheese yang cair, (sebelum diletakkan sos)




dah siap ! sedia untuk makan !

thank you : nadia izzaty



Monday, March 12, 2012

LOKER PENUH DENGAN MAKANAN

ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah, hari ni hari ke 2 biha dekat rumah, setelah sekian lama berada di asrama, bertemankan loker sempit dengan barang especially makanan, katil, tilam, cadar berwarna biru. dan yang paling penting teddy bear! without teddy bear , biha xleh boleh tidor. tapi apa yang tersangat penting ialah Al-Quran ! itu sangat penting. tanpa Al-Quran mungkin pelindung untuk diri biha tidak kuat. Waallahualam :)
back to the point *apa pye ayat dah. loker biha mmg paling byk makanan dalam dorm. ce korang bayangkan, dalam tu, ada


  • SWEET
  • ASAM, GARAM. (eishh garam tipu je)
  • BISCUIT
  • CEREAL
  • CHOCOLATE
  • DUTCHLADY STRAWBERY, CHOCOLATE
  • AIR KOTAK MILO
  • BISKUT HUP SENG (favourite ! haha kalau nak tau lah :p) (peace)
  • KEREPEK
  • MARUKU
  • JAJAN (xde, sorry) xmam sangat!
  • MAGGI? (lagilah xde :)
  • dan banyak lagi sampai biha xboleh kelaskan mcam mana. !
korang bayangkan makanan dalam loker biha sampai 2 tingkat taw tak ! haha. mana tak nye setiap kali family datang, depa bawak banyak makanan :) ALHAMDULILLAH. dapatlah survive hidup yang separuh mati kat sana. haha
tapi kadang2, biha xmakan TENGAH HARI & MINUM PETANG. dan kadang-kadang biha tak makan nasi 2, 3 hari. kenyang memanjang tapi maknan dalam loker tak sentuh sangat pon.. cek tak tau lagu mana dah.. nak kata kurus, xdelah! jangan nk perasan lah biha *bisik hatiku ! :P tapi tulah, jangan amalkan sangat tak makan tak makan ni tak elok tau tak !nanti sakit :o

okla, itu je yang biha nak bebelkan. nanti ada masa kita story-story lagi okay :)

Sunday, March 11, 2012

TIPS HILANGKAN BAU BADAN

ASSALAMUALAIKUM

Bau badan adalah one things yang paling kita benci ! benci dan benci !. apatah lagi bila kita berada dalam tempat yang sesak, ramai orang keliling kita.. nak bergerak pun tak tahu nak ke mana. bau badan ni sama ada kita yang alami atau orang lain merupakan benda yang susah untuk kita atasi dan nasihat. kadang-kadang tak tahu nak tegur kawan kita yang berbau ni.kn? hmm sebelum kita nasihat kawan kita, apa kata kita nasihat diri kita.. sekiranya kita yang alami penyakit bau badan ni. mari baca :)

Petua Mengatasi badan berbau
1.Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

2.Ambil biji bunga delima segenggam. Buang kulitnya yang keras. Kemudiaannya dijemur hingga kering. Setelah kering tumbuk sehingga lumat dan halus. Selepas itu pakai seperti kita memakai bedak di tempat yang berbau.

3. Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.

Petua Hilangkan Bau Badan



Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda
Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

Petua Mengharum tubuh badan
1. Ambil 20-30 helai daun sirih, bersihkan dan rebus dengan beberapa gelas air hingga mendidih.Minumlah setiap pagi beberapa teguk.
2. Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya.

Tip Buang Toksin
Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya satu liter sehari untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Sebaik-baiknya mulakan hari dengan minum dua gelas air yang dicampurkan sedikit perahan limau.

Kesemua petua ini adalah petua orang lama dan berkesan atau tidak perlu diuji sendiri. Petua-petua ini diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai individu menimbang semula amalan penjagaan diri harian. Kehidupan tanpa bau badan adalah kunci kepada keyakinan diri untuk menangani cabaran harian dan mencapai apa saja dicita-citakan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...