Tuesday, December 18, 2012

Kena azan dekat telinga, tidur waktu TRIAL SPM

Assalamualaikum.

Dah baca tajuk post? haha. okay, actually,trial SPM dah lama lepas. tapi biha sengaja nak imbas kembali kenangan yang paling 'indah' waktu biha menduduki last paper biology paper 3, trial spm 2012 !
this year okay. this year XD
em, waktu tu last paper biology. paper 3. as usual, bila dah siap. memang tak tau lah nak buat apa. nak nyanyi? berbual dengan kawan? baling-baling surat? hentak-hentak kaki? haha. memang kena 'out' lah kan. jadi, disebabkan waktu tu biha dah siap. biha tak tahu nak buat apa. nak check, dah check.. almost 2,3 times lah. *ecehhh ayat macam biha ranker je. haha. jadi, biha amik keputusan untuk letak dagu atas tangan, tangan atas meja saling bertindihan. agak-agak gaya apa? gaya ala-ala nak tidur lah kan. kononnya waktu tu sajelah nak rehat-rehat. jadi, biha pejamlah mata.. buat-buat feel dalam spa. buat-buat rasa ada orang massage. hahaha. suddenly, biha terlelap.. lagi 15 minit rasanya masa tamat.


tik tok tik tok ~
masa pun tamat!

cikgu yang jadi jaga waktu tu berpusu-pusu kutip kertas dari satu meja ke satu meja yang lain. tapi biha??

biha tetap meneruskan mimpi-mimpi indah atas meja sambil mendagu tu. 

tiba-tiba tanpa disangka-sangka cikgu datang meja. sudah tiba masa untuk kertas biha dikutip. biha tetap tak bangun juga waktu tu !.. cikgu kejutkan (cikgu lelaki) takkanlah nak sentuh pula kn?.. sampai satu tahap, mungkin cikgu dah geram kot.... cikgu terus azan.. ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR ~. dengan pantasnya, biha terus bangun. walaupun masih dalam keadaan lesu. hihihi. satu kelas memerhatikan biha. YA ALLAH, mana nak letak muka aku ni weyy?? dengan selambernye biha bangun, bangun, ambil beg dan terus balik asrama. :D weee ~ syiokkkk!! 

p/s: waktu tu cikgu ada juga cakap-cakap ayat nak kejut biha, tapi biha tak ingat pulok da. mungkin kalau tanya budak kelas, diaorang tahu kut. tanya biha? memang tak lah kan.. dan biha sibuk tidur kat situ.haha

p/s again : biha budak asrama :') sila komen jika ada sebarang komen. hihi

4 comments:

Adah Rabiah Seybre said...

ish3...hihi...awk xde citer kat kita pun :D

// Rainbow In My Life said...

Kak KnoeTee ! Kelakar ah xD Cikgu apa eh ?

Nabiha erin balqis said...

hahs malulah i :x

Nabiha erin balqis said...

hahaha xnak bagitau. nanti malu ~ yg boleh tau dia ialah cikgu laki. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...