Assalamualaikum.
hari ini biha nak cerita pasal
sahabat. saja nak isi masa lapang ni dengan post perkara yang berguna. agar menjadi iktibar untuk semua. cerita ini dihasilkan berdasarkan pengalaman sendiri :) renungkan ~
Sahabat umpama
tiang yang menyokong apabila kita rapuh mahupun tumbang. apabila sahabat itu datang sewaktu kita gembira tapi pergi begitu sahaja sewaktu kita di dalam kebuntuan mahupun kesedihan, alangkah sedihnya wahai hati-hati yang menginginkan tiang yang membantunya dikala kesusahan. jadi, cuba kita cermin diri kita. ikhlaskah kita selama ini, dalam persahabatan? ikhlaskah kita selama ini sewaktu membantu sahabat-sahabat kita?
SubahanaAllah, Maha Suci Allah. memang tidak dinafikan manusia sering kali kutuk sana-sini tentang sahabatnya. berkawan kerana
ingin publisiti. berkawan kerana
ingin ditemani sementara kerana tiada kawan pada waktu itu. berkawan kerana
ingin memanfaatkannya. jika kita pernah melakukan semua tu, pernahkah kita terfikir hati sahabat yang kita pergunakan itu?? pernahkah kalian faham hatinya, faham perasaannya, faham keadaannya walau sedikitpu walau sekecil zarah pun. Malah kawan yang ikhlas itu sanggup lakukan apa-apa sahaja untuk kita. dia sanggup luangkan masa mendengar masalah yang kita alami. dia sanggup lepaskan segalanya hanya ingin melihat kita bahagia. tapi kita??
di hadapannya kita berpura-pura baik. sanggup lakukan apa-apa. tapi di belakang?MasyaAllah. Tuhan sahaja yang mengerti.
ada satu cerita:
seorang kawan daripada sahabat ini bertanya,
kawan : kenapa kadang-kadang kau rapat dengan dia? sedangkan selama ini kau kutuk-kutuk dia? kau kata kau benci dia?
sahabat (pura-pura baik) : ala, aku kawan dengan dia saja-saja je.
DIA dalam cerita ini,jika dia tahu,apa yang dikatakan oleh sahabat (pura-pura baik). apa perasaan
DIA? alangkah sedihnya ! alangkah
sakitnya hati dia! apabila mengetahui selama ini, dia sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabat itu dari segala masalah. rupa-rupanya sahabat itu telah
mengambil kesempatan untuk kesenangan hatinya. jujur, tak terlintas dalam fikiran
dia untuk mengecilkan hati sahabat. malah jika diizinkan, semua sahabat dia ingin menjaga hatinya. tapi itulah kehidupan. si dia menyambut ulang tahun kelahiran sahabatnya dengan membelikan hadiah. walaupun murah tapi kerana ikhlas dia tetap memberi. tetapi sahabat? semua ini kerana
sikap iri hati! cembur!. itulah hidup!.
sahabat sedar tak selama ini, perbuatan hasad dengkinya, cemburu melihat
dia memiliki kebolehan, cemburu melihat
si dia memiliki segalanya, cemburu untuk segala-galanya..akhirnya memberi kesan buruk terhadap diri sahabat sendiri?? dan sebenarnya
si dia tahu sikap iri hati sahabat itu sejak dari dulu lagi. tapi
si dia tidak mahu sedikit pun berlaku pergaduhan mahupun putus hubungan dengan sahabatnya. jadi,
si dia tetap sabar,sabar & terus bersabar. tapi sampai bila wahai sahabat? sampai bila sahabat ingin berhasad dengki? sampai bila? adakah sehingga si dia meninggalkan dunia, baru sahabat bersorak-sorak kegirangan? dan pada waktu yang sama terlari-lari ke kubur dia untuk memohon maaf??
sedarlah sahabat. minta maaflah kepada siapa-siapa yang telah kita sakiti.
ajal maut di tangan Tuhan. entah benar atau tidak si dia memaafkan sahabat itu. terpulanglah pada kesedaran sahabat itu sendiri. jadi sahabat harus sedar sebelum terlambat.
''sedarlah wahai insan yang bergelar sahabat. ikhlaskanlah hati dalam bersahabat.
kalau kita benci, katakan benci. kalau kita sayang, buktikan dalam persahabatan yang mesra dengan keikhlasan. sedarlah segala apa-apa yang kita lakukan di dunia ini, baik mahupun tidak, akhirnya akan diketahui oleh sesiapa sahaja yang dikehendaki.
p/s: ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca. semoga Tuhan merahamatimu :)
sila komen jika ada yang ingin dikomen :) hihi