Sunday, February 24, 2013

Kek Coklat Moist Topping Ganache

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah , atas permintaan ramai kenalan, CEHHH :p Biha dengan bermurah hati ingin meng-share resepi 'kek coklat moist topping ganache' sslurrp slurrpp sedap hingga menjilat jari, you! sebelum start, mari Biha show sikit gambar kek tu ya :)

*opss ada kesan comot-comot disitu. >_<

ayuh kita mulakan resepi , dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim :)

CARA-CARA BUAT KEK :
BAHAN-BAHAN :

  • 2 CAWAN TEPUNG GANDUM
  • 2 SUDU KECIL SERBUK PENAIK
  • 2 CAWAN GULA HALUSSSSS
  • 4 BIJI TELUR AYAM #BUKAN ITIK 
  • 250g MENTEGA
  • 2 SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 1/4 CAWAN SUSU CAIR
  • 1 CAWAN SERBUK KOKO **
  • 1/2 CAWAN GULA HALUS**
  • 1 CAWAN AIR**

CARA - CARANYA :

  • Masukkan bahan-bahan bertanda (**) dan masakkan ia di atas dapur dengan api yang perlahan hingga berkilat-kilat.
  • Biarkan ia sejuk. Sesudah itu, masukkan pula susu cair.
  • Di bekas yang berlainan, pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur satu demi satu dan kacau secara perlahan-lahan.
  • Kemudian, masukkan esen vanila.
  • Ayak tepung dan serbuk penaik bersama coklat yang telah dimasak tadi. *yang berkilat-kilat tu. Gaul kesemuanya.
  • Masukkan ke dalam bekas khas. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah celcius.

CARA-CARA BUAT TOPPING GANACHE :
BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 CAWAN KOKO
  • 1/2 CAWAN SUSU PEKAT
  • 1 SUDU BESAR MINYAK MASAK 
CARA-CARA :

  • Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali dengan api yang kecil --> kacau-kacau --> panaskan.
  • Panaskan sampai nampak berkilat & sebati.
  • Tuang pada kek yang dah siap & sejuk tadi. 




 SIAP ! 

jangan segan silu untuk komen :) 

2 comments:

Shakirah Rosli said...

meleleh-leleh air liur kite.. shedapnyee ! huhu nak try buat lah ^^ thanks ae biha :D

dyba gula-gula said...

Nyummmehhh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...